Thursday, March 26, 2020

Hi nama aku ika aku merupakan pesakit vaginismus selama 12 tahun. Apa itu vaginismus? Vaginismus adalah satu keadaan kesihatan (medical condition) dimana kaku otot dinding vagina yang tidak boleh dikawal oleh kaum wanita, sehingga menyebabkan masalah penetrasi (nyeri/takut/trauma penetrasi atau sukar terjadi penetrasi) ataupun kegagalan penetrasi (penetrasi tidak boleh terjadi langsung).

Vaginismus termasuk dalam penggolongan penyakit internasional (ICD-10 N94. 2) yang dikeluarkan oleh WHO sebagai badan kesihatan dunia, termasuk dalam golongan penyakit pada organ reproduksi dan saluran kemih (kencing). Dalam hal ini, organ yang terkena gangguan adalah vagina. Jadi, jangan cakap vaginismus ni tak wujud. Para2 doktor dah discovered vaginismus ni dah lama, tapi pesakit2 vaginismus sahaja yang malu untuk tampil menerima rawatan.

Hingga saat ini, belum ada satupun fakta ilmiah yang menunjukkan penyebab vaginismus, sehingga kini penyebab vaginismus adalah tidak diketahui (unknown). Vaginismus juga tak kenal tahap lapisan sosial seseorang wanita. Maksudnya, sesetengah individu mungkin akan kata hanya perempuan yang alim atau keluarga yang agak konservatif (menjadikan topik seks sebagai perbincangan as taboo) sahaja akan dapat vaginismus. Sedangkan, banyak juga wanita yang agak terdedah dengan kemajuan dari segi sosial atau kerjaya yang professional masih menghadapi vaginismus.

 Kegagalan atau masalah penetrasi pada vaginismus bukan kerana kurang rileks ataupun ketakutan, tetapi vaginismus adalah kerana berlaku kekakuan otot dinding vagina yang tidak boleh dikawal oleh kaum wanita.

Vagina yang normal dapat menerima penetrasi bila-bila masa, dalam bentuk apapun, dalam situasi apapun, walaupun panik, takut, ataupun tidak menginginkan berlakunya penetrasi.

Kesembuhan vaginismus hanya boleh dicapai melalui proses latihan dilatasi yang konsisten dan sabar.

Vaginismus juga mempunyai tahap keparahan yang berbeza-beza pada setiap pesakitnya, ada pesakit yang boleh melakukan latihan dilatasi sendiri dan ada yang gagal.

Pada yang boleh melakukan latihan dilatasi sendiri dengan jari, tampon hatta cotton swab, itu menunjukkan tahap keparahan vaginismus yang ringan. Sedangkan, bagi yang tidak boleh memasukkan jarinya atau sebarang benda asing, maka itu menunjukkan tahap keparahan vaginismus yang berat. Situasi tersebut tidak boleh dikawal oleh pesakitnya, ianya terjadi diluar kawalan si penderita.

Bagi yang tidak boleh melakukan latihan dilatasi sendiri, mereka tidak perlu merasa sedih dan kemurungan. Sesungguhnya, vaginismus sangat boleh disembuhkan. Ianya bukan kekakuan otot vagina yang kekal.

Ok back kepada cerita ika, ika tahu ika ada vaginismus pada umur 18tahun masa tu ika cube insert tampon kedalam vagina sebab masa tu kwn2 yang bagi peliknya semasa ika nk insert tu tak boleh n sakit macam meningkam tapi kawan2 ika semua mampu insert tampon. Pada masa tu ika dah dapat sense something wrong dengan vagina ika tapi ika memilih untuk ignored.

Alhamdulilah Pada umur ika 25 tahun ika berkahwin dengan suami yang sangat penyayang dan penyabar.Namun detik lama berlaku kembali pada malam pertama ika berasa sakit ketika suami cuba masukkan penis ke vagina, ika rasa sakit pedih bagai ditikam dengan pisau jadi kami tidak dapat melakukan sebarang intercourse.

Bermula pada saat tu macam2 yg ika ikhtiar jmp ustazah mandi bunga n ika pernah makan ubat tido selama beberapa kali honeymoon namun ketakutan ika lagi kuat dari dos ubat tidur dan ika tak mengantuk pun jadi mission failed lah. Sedih depression rasa diri tidak berguna tidak cukup sifat wanita tak mampu ada zuriat sendiri dan bermacam2 mula menguasai diri ika bahkan ika pernah suruh suami menceraikan ika dan pergi kawin wanita lain namun suami ika tetap bersabar dengan perangai ika yang semakin hari semakin teruk dengan tekanan orang slalu tanya soal zuriat. Sejak hari tu kami dah kurang melakukan hubungan² intim tambahan arwah mama ika sakit cancer pada masa tu jadi ika banyak sibukkan diri dengan menjaga dia dan ignored dengan penyakit misteri ni.

Sehinggalah akhirnya arwah mama menghembuskan nafasnya terakhir melawan penyakit barah ini. Sejak dari itu hidup ika tiada makna hari2 ika nangis sampai la 1 hari ika decide untuk stop nangis dan mencari penawar penyakit misteri ini sebab umur ika hampir 30.
Alhamdulilah ika terjumpa support group di FB & whatsapp ika mula cari info ttg penyakit ni dan alhamdulilah kini ika menjadi dealer untuk produk rawatan vaginismus. Sekarang ika dah mula spread awareness ika mula create page Vaginismus Malaysia di FB & Vaginismus_Malaysia di instagram dan kini ika sembuh dari penyakit misteri ini. Sebenarnya penyakit ini 100% treatable ramai yang telah sembuh,mengandung dan ada yang baru bersalin alhamdulilah..

Kepada masyarakat, usahlah menghina pesakit yang menghadapi sebarang ujian yang kita sendiri tidak diuji. Empower and embrace people's struggle can motivate them to be a survivor in their own battles. Beringatlah, apapun perkara yang kita fikir tidak akan berlaku kepada diri sendiri, adalah tidak relevan. Selagi mana yang pemberi ujian itu adalah Allah SWT, maka sentiasalah bersedia.

Sumber : Insta Vaginismus_Malaysia & Vaginismusindonesia